Faedah Bersukan

Tuesday 3 April 2012 0 comments
Kehidupan yang berkualiti boleh di definasikan dengan pelbagai cara dan kaedah, antaranya memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna.

Elemen - elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana kita menghargai dan merasa nikmat yang telah di anugerahkan kita. Sebagai tanda bersyukur, kita hendaklah sentiasa menjaga amanah yang di berikan supaya tidak mendatangkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku.

Blog entri kali ini mengisahkan kaitan antara faedah bersukan dan kepentingannya dalam kesihatan. Tidak dapat tidak, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, antara faktor yang perlu diambil perhatian ialah bersukan. Definisi sukan adalah meluas, dan kita boleh ambil kira sebahagian daripada senaman, riadah atau sukan yang lebih berat.

Bersukan memberikan kita banyak faedah dan manfaat. Sukan merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan kecergasan diri. Keseimbangan mental dan fizikal amat perlu untuk menjana kehidupan yang berkualiti. Kurang bersenam, akan mengakibatkan badan akan merasa cepat letih dan lesu, sekaligus membantutkan banyak perkara.


Selain itu, bersukan juga membolehkan kita menambahkan kemahiran, tambahan pula jenis sukan yang berbeza mempunyai disiplin yang berbeza. Ini merupakan peluang untuk extra skill dan membolehkan kita dilihat sebagai individu yang versatile. Biasanya, individu seperti ini akan mendapat banyak kelebihan.

Sukan juga di lihat sebagai alat untuk menjalinkan jaringan hubungan sosial antara rakan - rakan, jurulatih dan siapa sahaja yang terlibat. Sukan juga boleh memupuk semangat muhibah di kalangan individu, selain merapatkan silaturahim, malah juga boleh mengisi masa lapang. Bersukan bukan sahaja penting dalam menjaga kesihatan, malah juga mempunyai banyak faedah yang lain. Persoalannya, adakah pelajar meletakkan bersukan dan kesihatan ini perkara utama dalam kehidupan?

Sebagai rumusan, selain untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik, bersukan juga mempunyai faedah - faedah lain yang sangat menguntungkan. Justeru, marilah kita bersukan, tidak kira beriadah santai, senaman ringan atau sukan berat supaya kita semua akan mendapat manfaat darinya.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Mahasiswa Cergas | TNB