Kemudahan di Stadium UKM

Monday 14 May 2012 0 comments

Stadium universiti adalah pusat sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang dapat dilaksanakan di stadium ini seperti bola sepak, lari (atletik), aerobik, dan sebagainya.


            Di atas adalah gambar stadium yang diambil dari bahagian timur stadium. Kelihatan beberapa orang yang menggunakan kawasan stadium sebagai prasarana untuk larian sama ada pada waktu pagi mahupun petang.

Menurut pemerhatian kami, aktiviti-aktiviti riadah kerap dilakukan pada waktu pagi iaitu jam 07.00 am hingga 10.00 am dan pada waktu petang iaitu pada pukul 05.00 pm hingga 07.00 pm. Aktiviti-aktiviti riadah ini tidak hanya dilakukan dalam kalangan pelajar sahaja malah para pendatang dari luar universiti juga turut tidak melepaskan peluang menggunakan stadium ini untuk melakukan aktiviti berbentuk kesukanan.

Stadium universiti ini juga menyediakan padang untuk aktiviti bola sepak. Padang bola sepak di Universiti Kebangsaan Malaysia tidak hanya digunakan oleh warga universiti sahaja kerana beberapa kejohanan bola sepak dari luar universiti juga sering dilakukan di sini. Padang bola sepak UKM kerap digunakan pada petang dan malam, setiap hari.
Terdapat empat buah padang bola sepak di Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk padang di stadium. Penempahan padang bola sepak boleh dilakukan di pejabat bahagian penempahan padang di dataran pavilion UKM.

Aktiviti arobik merupakan aktiviti lain yang terdapat di stadium, kebanyakan yang mengikuti aerobik adalah pelajar perempuan, namun terdapat juga peserta lelaki yang menyertainya. Aktiviti ini dilakukan pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat pada pukul 05.30 pm.
  
 Ragbi merupakan sukan yang sangat menguji kekuatan fisikal. Pusat sukan UKM juga menyediakan kemudahan untuk sukan ragbi yang mana aktiviti ragbi ini dilakukan pada setiap petang di kawasan UKM. Padang ragbi UKM juga sering digunakan untuk kejohanan-kejohanan ragbi peringkat universiti dan peringkat umum atau luar universiti.


0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Mahasiswa Cergas | TNB